Jenis pembuatan tali Tali

Tali rentang atau pulas

Tali baring, juga dikenali sebagai tali pulas, secara sejarah adalah bentuk tali yang meluas digunakan, setidaknya dalam sejarah moden Barat. Kebanyakan tali pulas terdiri dari tiga utas dan biasanya direntang ke kanan, atau dipulas kearah kanan. Biasanya, tali rentang tiga utas dikenali sebagai biasa atau tali rentang hawser. Tali empat utas biasanya dikenali sebagai shroud-laid, dan tali yang dipulas menggunakan 3 atau lebih tali dikenali sebagai kabel rentang - (laid cable).

Penghasilan tali menggunakan kaedah tali pulas pada Mesin Pembuat Tali Metters 1928

Tali pulas dihasilkan dalam tiga langkah. Pertama, gentian dikumpul dan dipulas bagi menghasilkan benang. Sejumlah benang ini kemudiannya dipulas bersama bagi membentuk utasan. Utasan ini dipulas bersama bagi membentuk tali. Pulasan benang berlawanan dengan utasan, dan seterusnya berlawanan dengan arah pulasan tali. Pulasan berlawanan ini membantu mengekalkan bentuk tali. Sebaliknya, tali yang dihasilkan menggunakan kaedah ini terurai di bawah tekanan, yang menyebabkan putaran, herotan, hockling dan regangan. Sebarang tali jenis ini perlu dibebat hujungnya mengunakan sabarang cara untuk menghalangnya dari terburai. Tali pulas mempunyai kecenderungan bagi dililit. Tali rentang normal perlu dililit dengan matahari, atau ikut arah jam, bagi menghalang herot. Lilitan arah ini memberi pulasan kepada tali. Salah satu kelemahan kaedah ini adalah setiap gentian terdedah kepada geseran beberapa kali sepanjang panjang tali tersebut. Ini bererti bahawa tali itu boleh merosot kepada serpihan beberapa inci, yang tidak mudah dikesan menggunakan mata kasar.

Tali dianyam

Tali hiasan tebal.

Tali anyam biasanya dihasilkan dari nilon, poliester atau polipropilena. Nilon dipilih bagi ciri menegang lenturnya dan tahan kepada cahaya sinar ultraungu. Poliester adalah 90% sekukuh nilon tetapi kurang menegang bawah bebanan, lebih tahan geseran, mempunyai ketahanan lembayung ungu yang lebih, dan kurang berubah panjang apabila basah. Polypropylene disukai kerana kos rendah dan ringan (ia timbul dalam air).

Anyaman tunggal terdiri dari jumlah utas genap, biasanya lapan atau dua belas, dianyam dalam pola bulat dengan separuh utas kearah jam dan separuh yang lain melawan jam. Utas-utas ini disilang dengan anyaman biasa atau anyaman silang (twill). Rongga tengah mungkin besar atau kecil; dalam kes pertama istilah anyaman berongga kadang kala digunakan.Anyaman kembar, juga dikenali sebagai anyaman pada anyaman, terdiri dari anyaman dalaman mengisi rongga pusat dikelilingi oleh anyaman luaran, yang mungkin menggunakan bahan yang sama atau berlainan. Sering kali gentian anyaman dalaman dipilih bagi kekuatannya sementara gentian anyaman luaran dipilih kerana daya tahan geseran bagi menahan tali dari haus.Dalam anyaman padu kesemua utua-utas berada dalam arah yang sama, melawan pusingan jam atau menurut pusingan jam, dan sela antara membentuk luaran dan dalaman tali. Binaan ini popular bagi tali utiliti kegunaan umum tetapi jarang dalam keluaran berprestasi tinggi khusus.

Tali Kernmantle mempunyai teras (kern) gentian pulas yang panjang di terasnya, dengan sarung luar dianyam atau selubung gentian dianyam. Teras memberikan kebanyakan kekuatan (sekitar 70%), sementara selubung melindungi teras dan menentukan ciri-ciri kendalian tali (berapa mudah ia dipegang, diikat, dan lain-lain). Dalam tali memanjat dinamik, gentian teras biasanya dipulas, dan dipotong kepada bahagian pendek yang menjadikan tali lebih meregang. Tali kelonsong teras dihasilkan dengan gentian teras tidak dipulas dan anyaman lebih ketat, yeng menyebabkan ia lebih kaku sebagi tambahan kepada menghadkan regangan.

Tali dianyam (dan objek seperti hos taman, gentian optik atau kabel sepaksi, dll) yang tidak memiliki pintal, atau putaran terwujud, akan terbuka dari gelungnya dengan lebih baik jika digelungkan ke dalam bentuk-8, di masa putaran tali sentiasa disongsangkan dan pada dasarnya terluput.